Halaman

Isnin, 7 September 2009

KEMAHIRAN PEDAGOGI GURU SEJARAH

 KEMAHIRAN GURU merancang,menyusun,mengabungjalinkan elemen hasil pembelajaran dengan isi pelajaran, aktiviti,masa dan latar belakang pelajar sangat bermakna dalam menjadikan kita guru sejarah yang berkesan. Persediaan seorang guru dalam proses P&P melambangkan kewibawaannya. Dalam proses guru menyediakan jalinan pengajarannya , guru sepatutnya mengambil kira persediaan dan minat pelajarnya terlebih dahulu. Oleh itu, untuk mengetahui mood pelajarnya pada hari tersebut, set induksi yang menarik amat penting dalam memancing minat dan perhatian pelajar untuk mengetahui dan belajar isi pelajarannya seterusnya.
Plan A dan B perlu ada sebagai  'backup' bagi memastikan P&P pada hari itu terus berjalan lancar walau apa pun masalah teknikal yang dihadapi seperti putusnya bekalan elektrik dan sebagainya.

--------------------------------------------------------------------------------

  PENYUSUNAN ISI pengajaran dan pembelajaran menentukan sejauhmana hasil pembelajaran yang diharapkan atau dirancang sebelum P&P berjaya atau tidak dilaksanakan. Penyampaian isi hendaklah dilontarkan secara teratur dan berperingkat untuk memudahkan kefahaman pelajar.Kebanyakkan bakal guru lemah dari segi ini, maka latihan yang berterusan perlu untuk memastikan kemahiran mengajar sejarah yang berkesan dan membantu pelajar memahami isi pengajaran dengan lebih mudah di semua peringkat dan latar belakang pencapaian mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan