Halaman

Sabtu, 26 September 2009

YAKINLAH ANDA BOLEH !!!

KALAU KAMI BOLEH..!  ANDA TENTU BOLEH !!

Berikut merupakan 10 langkah yang ringkas ke arah mewujudkan keyakinan diri:




#Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.

#Orang lain boleh buat, Kenapa anda tidak boleh buat?

#Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.

#Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif

#Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.

#Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

#Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.

#Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

#Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

#Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.

Isnin, 7 September 2009

ROMBONGAN KEMERDEKAAN KE LONDON

kabinet merdeka

Gambar di atas merupakan barisan kabinet pertama semasa Tunku Abdul Rahman pada tahun 1959



1. Rombongan Kemerdekaan
Tujuan untuk berunding dgn British dan raja-raja Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan Tunku Abd Rahman mengetuai rombongan ini yang terdiri drp 4 wakil raja-raja Melayu dan 4 wakil Parti Perikatan


ii. WAKIL PARTI PERIKATAN
a. Tunku Abdul Rahman
b. Tun Dr Ismail

c. Tun H.S Lee

d. Tun Abdul Razak Hussein


Perjanjian London 1956 (Syarat-Syarat)
a. Tarikh kemerdekaan PTM ditetapkan pada 31 Ogos 1957

b. Perlantikan suruhanjaya menggubal perlembagaan merdeka

c. Parti Perikatan tidak akan mengambil alih perniagaan British atau kepentingan Barat

d. Perjanjian pertahanan dengan British akan ditanda tangani

e. Raja berpelembagaan dikekalkan

f. Pembahagian kuasa antara pusat dan negeri diteruskan

g. Tarikh Merdeka ditetapkan pada 31 ogos 1957




Gambar di atas menunjukkan Tunku bersama Dato' Panglima Bukit Gantang serta deligasi diarak selepas pulang dari London
Tarikh merdeka diisytiharkan di Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka oleh Tunku Abdul Rahman
Anggota Suruhanjaya Reid:-
1. Pengerusi : Lord William Reid
2. Ahli
Sir Ivor Jennings( England)
Sir William Mckel (Australia)
Tuan B Malik (India)
Tuan Abdul Hamid (Pakistan)

KEMAHIRAN PEDAGOGI GURU SEJARAH

 KEMAHIRAN GURU merancang,menyusun,mengabungjalinkan elemen hasil pembelajaran dengan isi pelajaran, aktiviti,masa dan latar belakang pelajar sangat bermakna dalam menjadikan kita guru sejarah yang berkesan. Persediaan seorang guru dalam proses P&P melambangkan kewibawaannya. Dalam proses guru menyediakan jalinan pengajarannya , guru sepatutnya mengambil kira persediaan dan minat pelajarnya terlebih dahulu. Oleh itu, untuk mengetahui mood pelajarnya pada hari tersebut, set induksi yang menarik amat penting dalam memancing minat dan perhatian pelajar untuk mengetahui dan belajar isi pelajarannya seterusnya.
Plan A dan B perlu ada sebagai  'backup' bagi memastikan P&P pada hari itu terus berjalan lancar walau apa pun masalah teknikal yang dihadapi seperti putusnya bekalan elektrik dan sebagainya.

--------------------------------------------------------------------------------

  PENYUSUNAN ISI pengajaran dan pembelajaran menentukan sejauhmana hasil pembelajaran yang diharapkan atau dirancang sebelum P&P berjaya atau tidak dilaksanakan. Penyampaian isi hendaklah dilontarkan secara teratur dan berperingkat untuk memudahkan kefahaman pelajar.Kebanyakkan bakal guru lemah dari segi ini, maka latihan yang berterusan perlu untuk memastikan kemahiran mengajar sejarah yang berkesan dan membantu pelajar memahami isi pengajaran dengan lebih mudah di semua peringkat dan latar belakang pencapaian mereka.

KATEGORI BELAJAR !! Refleksi diri anda wahai pelajarku...

RAJIN BELAJAR, MALAS BELAJAR
Kena buli

MALAS BELAJAR, RAJIN BERCAKAP                                          
Wayang Cina                                                                                                  

MALAS BELAJAR, MALAS BERCAKAP
Tak guna

MALAS BELAJAR, SUKA MENGADU Langau......                                                                                         
                                                                                                             
MALAS BELAJAR, SELALU PONTENG
Lebih baik behenti
MALAS BELAJAR, SUKA TERMENUNG
Lebih baik mati

MALAS BELAJAR, RAJIN MENGADU
Kaki bodek

RAJIN BELAJAR, RAJIN BERCAKAP
BAGUS !!!!
ibu bapa memainkan peranan penting
bagi memastikan pencapaian anak-anak sentiasa meningkat pada setiap masa.